大家旺国际体育娱乐平台&点此进入

PRESS RELEASE

7
Feb

Agility, UNHCR Jalin Kerjasama Perkukuh Perkhidmatan Pelarian di Malaysia

Sumbangan syarikat logistik akan bantu 12,000 pelarian, terutamanya dari Myanmar

DAVOS, Switzerland,?7 Februari?2020 /PRNews/GIG/ —?Agility, penyedia logistik global yang terkemuka serta UNHCR, Agensi Pelarian PBB, mengumumkan satu perkongsian yang akan mengukuhkan penyediaan perkhidmatan yang penting kepada pelarian di Malaysia, terutamanya untuk komuniti berisiko yang tinggal di luar ibu negara.

Perkongsian ini, diumumkan di mesyuarat tahunan Forum Ekonomi Dunia di Davos, akan mewujudkan program-program perintis di Johor dan Pulau Pinang, Malaysia. Program-program tersebut akan membawakan perkhidmatan yang amat diperlukan kepada lebih 12,000 orang pelarian, termasuk pembaharuan kad pelarian, capaian kepada maklumat penting yang berkaitan dengan perlindungan dan untuk menerima kaunseling mengenai perkhidmatan yang disediakan.

Terdapat sekitar 178,000 orang pelarian yang berdaftar dengan UNHCR di Malaysia. Perkongsian baharu bersama Agility ini akan membolehkan UNHCR untuk terus melanjutkan sokongan kepada lebih 12,000 orang pelarian, kebanyakannya merupakan pelarian Rohingya dari Myanmar. Dengan penglibatan serta sokongan tempatan, Agility dan UNHCR akan dapat menyingkirkan keperluan untuk pelarian yang mudah terdedah pada bahaya untuk melakukan perjalanan sejauh lebih 300 kilometer dari tempat tinggal mereka ke Kuala Lumpur untuk mendapat akses kepada perkhidmatan yang penting, termasuk pembaharuan kad pelarian.

Ketua Pegawai Eksekutif Agility, Tarek Sultan, berkata, “Perkhidmatan UNHCR adalah kritikal untuk memberikan pelarian dan keluarga dengan tempat yang selamat semasa berlakunya pergolakan. Perkhidmatan yang disediakan oleh UNHCR akan membantu menyokong sikap komuniti yang lebih kuat buat pelarian yang terpaksa melarikan diri dari rumah dan kampung mereka. Agility telah lama menyokong UNHCR di Timur Tengah. Kami melihat terdapatnya keperluan untuk meluaskan perkongsian kami bagi membantu memenuhi keperluan pelarian di Malaysia.”

Y.A.M. Putera Jaime de Bourbon de Parme, Penasihat Kanan untuk Perkongsian Sektor Swasta, UNHCR berkata, “Sumbangan Agility ialah satu demonstrasi perpaduan yang penting daripada sektor swasta Kuwait dan sesuatu yang akan meningkatkan keselamatan dan kesejahteraan beribu-ribu pelarian di Malaysia, sebuah negara yang mempunyai sejarah yang panjang menjadi tuan rumah kepada penduduk yang tidak bertempat. Saiz global dan skala perpindahan penduduk secara paksa memerlukan kami untuk melakukan lebih daripada apa yang kami lakukan sebagai pendekatan biasa dan saya yakin bahawa tindakan Agility akan menginspirasikan sektor swasta untuk meningkatkan sokongannya kepada pelarian.”

Secara global, Agility membantu mereka yang terjejas akibat bencana alam dan krisis-krisis lain dengan menyediakan kepakaran rantaian bekalan dan sumber-sumber dengan kerjasama rakan-rakan kongsi komersial, pasukan bantuan dan institusi antarabangsa. Pada masa lalu, Agility telah menyokong usaha UNHCR di Timur Tengah, dengan membantu lebih daripada 490 buah keluarga pelarian Syria (hampir 2,500 individu) melalui pengumpulan dana dan derma. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai aktiviti-aktiviti kemampanan Agility, kunjungi http://sustainability.agility.com.

Latar Belakang Agility 

Agility ialah sebuah syarikat logistik bertaraf global dengan pendapatan tahunan mencecah $5.1 bilion dan menggaji lebih 26,000 kakitangan di lebih 100 buah negara. Ia merupakan salah satu penyedia penghantaran barang angkut dan logistik kontrak terkemuka di dunia serta peneraju dan pelabur dalam teknologi untuk meningkatkan kecekapan rantaian bekalan. Agility ialah perintis dalam pasaran baru muncul dan salah satu pemilik dan pemaju persendirian yang terbesar bagi isi gudang dan taman perindustrian ringan di Timur Tengah, Afrika dan Asia. Syarikat-syarikat subsidiari Agility menawarkan logistik bahan api, perkhidmatan lapangan terbang, pengurusan hartanah komersial dan kemudahan, pendigitan kastam serta perkhidmatan infrastruktur jarak jauh.

Untuk maklumat lanjut mengenai Agility, kunjungi www.agility.com 

Twitter: twitter.com/agility
LinkedIn: linkedin.com/company/agility
YouTube: youtube.com/user/agilitycorp

Latar Belakang UNHCR 

Pesuruhjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR) dimandatkan untuk melindungi hak-hak dan kesejahteraan pelarian serta pencari suaka di seluruh dunia. Ia berusaha untuk memastikan agar semua orang dapat melaksanakan hak untuk mendapatkan suaka di negara lain dan membina semula kehidupan mereka dalam keselamatan dan kemuliaan.

UNHCR mencari penyelesaian jangka panjang buat pelarian termasuk mencarikan rumah baharu buat mereka di negara-negaa dunia ketiga atau membantu mereka pulang ke tanah air secara sukarela apabila selamat untuk pulang. UNHCR berusaha untuk mewujudkan persekitaran yang selamat dan terjamin buat mereka dengan memastikan keperluan asas mereka dipenuhi. UNHCR bekerjasama dengan Kerajaannya dan rakan-rakan kongsi masyarakat awam menerusi bantuan kemanusiaan kepada pelarian termasuk dalam pendidikan, penjagaan kesihatan dan sokongan masyarakat.

www.unhcr.org 

HUBUNGI: Sabrina Mundy, Man Bites Dog, +44 1273 716 826, teamagility@manbitesdog.com

×

Hello!

Send us an email prnews@gointernationalgroup.com.

× Can I help?
大家旺国际体育娱乐平台